• Kalendar Hijrah

  • Demi Masa

  • Lencana Sekolah

  • Visi Sekolah

    Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
  • Misi Sekolah

    Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
  • Telefon Sekolah

    07 4186814
  • Fax Sekolah

    07 4187159
  • Email

    skps0073@hotmail.com (Sekolah) skps09@gmail.com (GPM)
  • Takwim

    Ehsan En Rosli Abd Jabar (Penolong PPD Batu Pahat) Takwim Persekolahan 2011
  • Unit Jadual Waktu

  • Statistik Pelawat

    • 14,065
  • Meta

  • Advertisements

Sambutan Israk Mikraj SKPS

Satu perhimpunan sempena menyambut 27 Rejab telah diadakan pada Jumaat 17 Julai yang lalu.  27 Rejab merupakan antara tarikh yang amat penting dalam  kalendar Hijriah. Pada tarikah keramat inilah Nabi Muhammad SAW telah dibawa mengembara oleh Malaikat Jibril. HPIM1974

Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti dengan satu ceramah ringkas daripada Ustazah Suraya Ainun Binti Sabri. Ini disusuli dengan kuiz lisan yang dikendalikan oleh Ustazah Roziyana Binti Saidin. Semoga kita akan dapat bersama-sama mengisi 27 Rejab 1430 (Isnin 20 Julai 2009)  ini dengan amalan-amalan yang dituntut dengan penuh ikhlas dan tawwadhu. Amin Ya  Robbal ‘Alamin.

Advertisements

REJAB DAN ISRAK MIKRAJ

PERISTIWA PENTING YANG TELAH BERLAKU

DALAM BULAN REJAB

Israk dan Mikraj ~ Tahun ini malam Israk & Mikraj jatuh pada 19.07.2009 ( Sabtu Malam Ahad )…

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.
     
 Firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Surah Al Israa’: 1)

DOA BULAN REJAB:

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.”

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

 pr0002

Keistimewaan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430h/Isra Mi’raj  akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab  maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

KEM BESTARI SOLAT PERDANA

Gandingan guru-guru Panitia Agama Islam dan J- QAF telah menganjurkan Kem Bestari Solat pada 11 Julai yang lalu. Peserta kem terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4. Aktiviti yang dijalankan termasuklah menghafal dan melancarkan bacaan-bacaan dalam sembahyang.

Picture 092

Menurut Cik Nihayah Abd Samad, Ketua guru-guru J-QAF merangkap Penyelaras Kem, ini merupakan latihan lajutan kerna murid-murid ini telah didedahkan kepada latihan asas sewaktu berada di dalam Tahun 1 dan 2.

English Camp

Peserta Program English Camp

Peserta Program English Camp

Aktiviti anjuran Panitia Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk memantapkan lagi persediaan murid-murid tahun 6 di dalam UPSR yang akan mereka duduki pada 8-10 September. Murid-murid telah dibahagikan kepada 14 buah stesen dan mereka dikehendaki bertukar stesen setiap 20 minit. Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris, ETeMS dan Pendidikan Khas berada di stesen masing-masing untuk menyampaikan tajuk yang telah ditetapkan.

Salah seorang fasilitator English Camp. 'Good morning, Ustazah'.

Salah seorang fasilitator English Camp. 'Good morning, Ustazah'.

Aktiviti tersebut telah dijalankan dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris, Puan Siti Mariam Ibrahim merasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh anak-anak didiknya. Meskipun mereka terpaksa bertukar-tukar stesen tetapi belajar dalam kumpulan yang lebih kecil memudahkan mereka memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan.

Taklimat Zoom A

Satu taklimat berkenaan dengan Zoom A telah diadakan pada Jumaat, 3 hb Julai 2009 yang lalu. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Rosli Bin Abd Jabar, Penyelaras Zoom A dan SchoolNet sekolah.

Pakar ICT. Encik Rosli, Penyelaras Zoom A dan My SchoolNet (kiri) dan Encik Bahiar, Penyelaras ICT sekolah.

Pakar ICT. Encik Rosli, Penyelaras Zoom A dan My SchoolNet (kiri) dan Encik Bahiar, Penyelaras ICT sekolah.

Taklimat diadakan di Makmal Komputer sekolah kepada guru-guru mata pelajaran asas Tahun 6. Di dalam taklimat ini guru-guru telah didedahkan dengan cara mengakses laman ini, cara membina soalan yang baik dan mengesan kemajuan murid.

Peserta Taklimat Zoom A

Peserta Taklimat Zoom A

Minggu Pusat Sumber Sekolah 2009

Alahai Pak Pandir bersama Cikgu Samilah. Murid-murid Tahin 1 A dan 1B berebut menjawab soalan kuiz.

Alahai Pak Pandir bersama Cikgu Samilah. Murid-murid Tahun 1 A dan 1B berebut menjawab soalan kuiz.

Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program Minggu Pusat Sumber Sekolah pada 22 hingga 27 hb Jun 2009.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi merapatkan lagi warga sekolah ini dengan PSS. Diantaranya ialah Sesi Bercerita, Pertandingan Folio Bacaan Saya dan Pembaca Terbanyak.

Mendengar Kisah Nabi Adam a.s. oleh Ustazah Roziyana

Mendengar Kisah Nabi Adam a.s. oleh Ustazah Roziyana