English Camp

Peserta Program English Camp

Peserta Program English Camp

Aktiviti anjuran Panitia Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk memantapkan lagi persediaan murid-murid tahun 6 di dalam UPSR yang akan mereka duduki pada 8-10 September. Murid-murid telah dibahagikan kepada 14 buah stesen dan mereka dikehendaki bertukar stesen setiap 20 minit. Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris, ETeMS dan Pendidikan Khas berada di stesen masing-masing untuk menyampaikan tajuk yang telah ditetapkan.

Salah seorang fasilitator English Camp. 'Good morning, Ustazah'.

Salah seorang fasilitator English Camp. 'Good morning, Ustazah'.

Aktiviti tersebut telah dijalankan dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris, Puan Siti Mariam Ibrahim merasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh anak-anak didiknya. Meskipun mereka terpaksa bertukar-tukar stesen tetapi belajar dalam kumpulan yang lebih kecil memudahkan mereka memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan.

%d bloggers like this: