Sambutan Israk Mikraj SKPS

Satu perhimpunan sempena menyambut 27 Rejab telah diadakan pada Jumaat 17 Julai yang lalu.  27 Rejab merupakan antara tarikh yang amat penting dalam  kalendar Hijriah. Pada tarikah keramat inilah Nabi Muhammad SAW telah dibawa mengembara oleh Malaikat Jibril. HPIM1974

Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti dengan satu ceramah ringkas daripada Ustazah Suraya Ainun Binti Sabri. Ini disusuli dengan kuiz lisan yang dikendalikan oleh Ustazah Roziyana Binti Saidin. Semoga kita akan dapat bersama-sama mengisi 27 Rejab 1430 (Isnin 20 Julai 2009)  ini dengan amalan-amalan yang dituntut dengan penuh ikhlas dan tawwadhu. Amin Ya  Robbal ‘Alamin.

%d bloggers like this: