Salam Perpisahan

Sesi persekolah penggal kedua 2010 menyaksikan perpindahan dua orang guru yang berdedikasi dan berkomitmen tinggi. Ustaz Norulhuda Maalum telah mula mendaftar di sekolah baru SK Bukit Pasir pada  1 Jun 2010 setelah berkhidmat disekolah ini selama 6  tahun. Selain daripada mengajar matapelajaran Pendidikan Agama Islam Tahun 6 juga beliau merupakan Guru Penyelaras SPBT dan PAFA SK Parit Sulong. Selain daripada aktif dengan aktiviti Panatia Agama Islam beliau juga sering menjadi ‘orang kuat’ program perkhemahan dan sukan sekolah. Perwatakanya yang pendiam menyebabkan beliau sering diusik dan al ustaz yang penyabar ini hanya tersenyum sahaja melihat kerenah rakan-rakan sejawatan.

Sahabat baik beliau, Encik Rosli Abdul Jabar, kini telah memulakan lembaran baru dalam sejarah perkhidmatan beliau dengan perpindahan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Kualiti  di  PPD Batu Pahat. Beliau telah mula bertugas ditempat baru mulai 22.06.2010.

Beliau  mula bertugas di sekolah ini semenjak tahun 2001. Seorang guru yang berdedikasi dan komited dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Pakar rujuk dan orang kuat hal ehwal yang berkaitan dengan komputer, jadual waktu, peperiksaan dan pasukan bola sepak dan badminton sekolah. Kehilangannya amat dirasai kerana beliau tidak pernah jemu membantu rakan-rakan sejawatan walaupun  beliau seorang yang gemar ‘menyakat’ . Tetapi awas dalam bergurau  beliau tidak teragak-agak untuk menegur sekiranya perlu.

Pohon meranti pohon berdahan,

Rantingnya patah berbilang-bilang,

Di dalam hati berbiku kenangan,

Kenangan kasih tidakkan hilang. (Teacher Yatt)

%d bloggers like this: