Advertisements
  • Kalendar Hijrah

  • Demi Masa

  • Lencana Sekolah

  • Visi Sekolah

    Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
  • Misi Sekolah

    Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
  • Telefon Sekolah

    07 4186814
  • Fax Sekolah

    07 4187159
  • Email

    skps0073@hotmail.com (Sekolah) skps09@gmail.com (GPM)
  • Takwim

    Ehsan En Rosli Abd Jabar (Penolong PPD Batu Pahat) Takwim Persekolahan 2011
  • Unit Jadual Waktu

  • Statistik Pelawat

    • 14,001
  • Meta

Kadar Sumbangan Tabung Kebajikan PSKPPD Batu Pahat

Merujuk kepada Surat PPD BP bernombor rujukan PPD/BP/AMPSKPPD/BP (02)/200 bertarikh 09 Februari 2000 (Rabu), berikut adalah kadar bantuan yang telah dipersetujui:

Peraturan Tabung Kebajikan PSKPPD Batu Pahat- Perkara 9

Jenis Bantuan

Jumlah Sumbangan

Peraturan 9.1

Bantuan Kerana: Kematian Ahli

RM 200.00

Peraturan 9.2

Bantuan Kerana: Kematian Suami atau Isteri Ahli

RM 150.00

Peraturan 9.3

Bantuan Kerana: Kematian Ibu atau Bapa atau Anak Ahli

RM 100.00

Peraturan 9.4

Kecemasan:

Bantuan Kerana:

  • Kebakaran
  • Dirompak
  • Lain-lain musibah
 

 

 

RM200.00 – RM600.00

RM200.00 – RM300.00

RM200.00 – RM300.00

 

Peraturan 9.5

Bantuan Kerana: Rawatan Ahli di Hospital (Tertakluk kepada sekurang-kurangnya 2 hari dan tidak lebih 5 hari menerima rawatan sebagai pesakit di wad).

RM 40.00 – RM200.00

Advertisements

Pertandingan Seni Silat

Johan Keseluruhan. Pasukan Silat Sekolah dan Pn Norlida Ismail (Guru Pengiring) bergambar bersama hadiah-hadiah yang dimenangi.

Aktiviti:

Pertandingan Seni Silat Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Batu Pahat

Hari: Rabu

Tarikh: 7 Julai 2010

Masa: 7.30 – 6.00 petang

Tempat: SMK Senggarang

Pencapaian:

Silat Seni Tari (L): Muhd Fareez Mokhtar (Johan)

Silat Seni Tempur (L): Muhd Fareez dan Mohd Nor Hisyam (Ke 3)

Silat Seni Tempur (P): Khairen Nur dan Nur Azura Aida (Ke 2)

Keseluruhan: Johan

Guru Pengiring: Pn Norlida Binti Ismail

Salam Perpisahan

Sesi persekolah penggal kedua 2010 menyaksikan perpindahan dua orang guru yang berdedikasi dan berkomitmen tinggi. Ustaz Norulhuda Maalum telah mula mendaftar di sekolah baru SK Bukit Pasir pada  1 Jun 2010 setelah berkhidmat disekolah ini selama 6  tahun. Selain daripada mengajar matapelajaran Pendidikan Agama Islam Tahun 6 juga beliau merupakan Guru Penyelaras SPBT dan PAFA SK Parit Sulong. Selain daripada aktif dengan aktiviti Panatia Agama Islam beliau juga sering menjadi ‘orang kuat’ program perkhemahan dan sukan sekolah. Perwatakanya yang pendiam menyebabkan beliau sering diusik dan al ustaz yang penyabar ini hanya tersenyum sahaja melihat kerenah rakan-rakan sejawatan.

Sahabat baik beliau, Encik Rosli Abdul Jabar, kini telah memulakan lembaran baru dalam sejarah perkhidmatan beliau dengan perpindahan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Kualiti  di  PPD Batu Pahat. Beliau telah mula bertugas ditempat baru mulai 22.06.2010.

Beliau  mula bertugas di sekolah ini semenjak tahun 2001. Seorang guru yang berdedikasi dan komited dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Pakar rujuk dan orang kuat hal ehwal yang berkaitan dengan komputer, jadual waktu, peperiksaan dan pasukan bola sepak dan badminton sekolah. Kehilangannya amat dirasai kerana beliau tidak pernah jemu membantu rakan-rakan sejawatan walaupun  beliau seorang yang gemar ‘menyakat’ . Tetapi awas dalam bergurau  beliau tidak teragak-agak untuk menegur sekiranya perlu.

Pohon meranti pohon berdahan,

Rantingnya patah berbilang-bilang,

Di dalam hati berbiku kenangan,

Kenangan kasih tidakkan hilang. (Teacher Yatt)

DALAM KENANGAN

Di dalam kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul, warga SKPS telah dikejutkan dengan berita pemergian Encik Amran Bin Ahmad, 44, salah seorang pekerja swasta pada Khamis, 4 Mac 2010 lalu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Pn. Hamidah dan 4 orang cahaya mata (8 bulan – 17 tahun). Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan ialah seorang yang pendiam, bertanggungjawab dan suka menolong orang.

Al Fatihah!

Pertandingan Badminton Bawah 12 MPZ Pt Sulong

Para pemenang bersama jurulatih dan pengurus pasukan.

Pemain badminton perempuan Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, NUR DIANA BINTI AHMAD dan SITI AQILA BINTI MISRI bersama piala kemenangan diiringi pengurus dan jurulatih selepas menjuarai acara Bergu Perempuan dalam Pertandingan Badminton Bawah 12 Tahun Majlis Permufakatan Zon Parit Sulong, Batu Pahat, Johor yang diadakan pada 1.3.2010 di Dewan SMK Dato’ Sulaiman.

Artikel oleh En Rosli Abd Jabar.

Salam Perpisahan

Salam perpisahan  buat Puan Siti Meslina Sumari yang berpindah ke SK Parit Nawi, Muar. Beliau seorang guru yang pendiam, penyabar, penyayang dan berdedikasi.

Selain mempunyai minat membaca yang mendalam beliau juga berbakat dalam mengarang sajak. Antara guru yang paling aktif meminjam dan menyumbangkan buku kepada perpustakaan sekolah. Buku pilihannya tidak hanya terbatas kepada buku cerita sahaja malah termasuk juga buku-buku ilmiah seperti buku berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta perjuangan Palestin. Namanya sinonim dengan murid-murid tahun 1 dan kelas KIA2M. Seorang ibu dan guru tegas dalam menyuarakan pendapatnya.

Selamat bertugas di sekolah baru dan semoga dilindungi dan dirahmati Allah jua.

Barisan Guru SKPS

Baris Hadapan

Rosli Abd Jabar, Ali Katmin, Saiful Hisyam Md Salledh, M Bahiar Tahir, Ust Aris, Ismail Mohamed, Hisham A. Gafar (GPK KK), Mohamed Noh Hassan (GB), Rasip Othman (GPK HEM), Jumatsah Ahmad, Noor Azman Saipol, Jamhari Harun, Mohd Hanisa Tahir, Ust Norulhuda Maalum, Hj Shamsudin Ishak.

Baris Tengah

S Rahayu M Khair, Rohaidah Muhidin, Fazilah Abd Rahman, Faridah Japri, S Mariam Ibrahim, Norhana Mohd Amin, S Meslina Sumari (pindah mulai 2010), Norazaliza Jamaluddin, Nihayah Abd Samad, Norsafawati m Bahari, Mastura M Shukor, S Dalela Sailan, S Maslina Yusof, Norhazah Japri, Fauziah Sapari, Norlida Ismail, Hayatie Yusop, Faizah Muhammad, Ruhiyati Mohd Taib.

Barisan Belakang

Hjh Sarimah Hayu Sapari, Hjh Latipah Khalid, Rosnah Abd Rahman, Radhilah Sulaiman, Roziyana Saidin, Yusfaezah Yunus, Hee Siew Poo,  Kalsom Sarip, Norhayati Mohamad, Hjh Jaimah Juri, S Aishah Marimon, Haryati Sufian, Hjh Samilah Khusil, Rahmah Jantan, Hjh Fauziah Mohd Noh, S Suzanti Iliyas, Nor Arizah Yahya, Muzairah Mohd Soed, Malinah Manap, Roziyah Haron.

Tiada Di dalam Gambar

Hj R Azmi Roslan (GPK 1), Mustaffa Tamsir, Hj Abd Manan Sakimin, Hamidon Mokmin, Ali Ferdaus Hassan, Abd Aziz Rahmat (G Kaunseling), Abu Bakar Jaafar, Bakar Sapian, Kamil Buang, Salhayatin Sulaiman, Saidah Husin, Lili Masriati  Asman, Noraini Zakaria dan Norliza Tahir (G Perpustakaan Media).

Gambar oleh En Rosli Abd Jabar.